Kali ini saya mahu bincang dengan anda pasal kes yang terjadi pada kebanyakan orang. Saya tahu ramai yang marah bila mereka pergi seminar, beli buku, beli ebook, masuk MLM, buat duit dengan saham dan sebagainya tapi tidak dapat apa yang diimpikan mereka.
Dalam dunia ini semua berimpian besar dan kadang-kadang mereka tidak tercapai dengan impian tersebut. Biar saya beritahu anda kenapa anda gagal dalam perniagaan @ gagal buat duit??
Bagi saya, anda malas berusaha dan malas praktikkan apa yang sifu anda ajarkan. Apabila anda pergi mana-mana seminar dan anda tidak praktikkan dirumah maka ilmu yang anda tuntut itu sangat sia-sia.
Tidak kira sama anda beli ebook ke @ buku, anda akan simpan dan perapkan dalam latop atau almari sehingga anda tidak mengkaji sampai bila-bila.
Selain itu anda juga takut mencuba. Anda berani keluar duit untuk menjana pendapatan, tapi anda takut mencuba untuk memulakan perniagaan tersebut. Dan anda mengharapkan duit datang bergolek.
Satu lagi, pasal modal. Ramai tidak mahu keluarkan modal walaupun kecil. Biar saya beritahu anda, sekiranya anda mahu berniaga dan berjaya, anda perlu keluarkan modal. Walaupun risikonya rendah @ tinggi namun anda kena berani hadapinya.
Saya juga harap anda jangan mengeluh sekiranya anda tidak dapat duit kalau anda malas, takut dan banyak berangan dalam memulakan sesuatu bisnes. Jangan salahkan orang lain sekiranya anda putus asa dan tidak mengikut apa yang sifu anda ajarkan.
Tanamkan sifat-sifat ini dalam diri anda :
1. Rajin
2. Tidak putus asa jika gagal.
3. Praktikkan segala ilmu dimana saja anda ikuti
4. Yakin pada diri
5. Jangan berangan dapat kejayaan jika anda malas berusaha
6. Jangan mengeluh
7. Banyakkan doa, solat hajat dan baca surah al-waqiah setiap pagi
8. Banyakkan sedekah
9. Jujur
Monday, August 9, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
POKLI = PORTFOLIO + PASSIVE
Jutawanemas.com - Pelaburan emas di Malaysia: beli emas, etika emas, kijang emas, dinar emas.
- Kaedah simpanan emas termudah, murah dan patuh syariah. - 6/6/2018 - syukor
- Maklumat Percuma. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi harga emas? - 1/9/2017 - syukor
- Dapatkan maklumat pelaburan emas di FB page saya. Ada hadiah disana. - 9/20/2016 - syukor
- Peluang Keemasan Untuk Anda Menjadi Agen Public Gold - 8/11/2016 - syukor
- Seminar Analisis Teknikal Harga Emas dan Gold Investment 101 bulan Ogos 2016 - 8/9/2016 - syukor
No comments:
Post a Comment