Pelaburan Emas

Friday, September 24, 2010

Who do you think has more money at age 65?

You don’t have to be a genius to be wealthy. Although high IQ definitely helps, it is more important to have emotional intelligence in order to get rich.I like to tell the story of the twin brothers, James and Jeremy. They graduated with the same degree in engineering. They work for the same company. They earn the same amount of money throughout their working life. But they have different mentality about money.James started saving RM1000 at age 18. The brothers’ income is measly RM10,000 a year at that time. James decided to save 10% of his income. But Jeremy didn’t. Jeremy thought that RM1000 saving a year is really hard for him.10 years had passed by. James had never failed to set aside RM1000 every year for the past 10 years. He invested the money and got an average return of 10% per annum. Both the twin brothers were earning RM50,000 a year at age 28.James thought he had saved enough. He stopped saving since age 28. But he still invests what he had put aside before that. Ironically, at the moment he stopped saving, his brother Jeremy started the commitment to save RM1000 a year. Jeremy was so determined that he never stopped saving a thousand ringgit every year until he reaches age 65.The brothers invest in the same portfolio and reap a return of average 10% per annum.Who do you think has more money at age 65? clue:James only saved RM10,000 from age 18-27. Jeremy saved RM38,000 from age 28-65

Wednesday, September 15, 2010

PROSES PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI ANDA

1. Menilai kedudukan kewangan semasa anda.
2. Menetapkan matlamat kewangan peribadi anda.
3. Menentukan tindakan yang akan diambil
• Pelan Belanjawan dan pembelanjaan
• Menjejak aliran wang tunai
4. Menilai alternatif yang akan memenuhi matlamat kewangan anda
• Mengetahui keperluan dan kehendak anda
• Membuat pilihan gantian
• Menangguh keputusan
5. Mewujudkan pelan kewangan anda dan melaksanakannya.
• Produk dan perkhidmatan kewangan
• Membina kekayaan
• Melindunginya dengan insuran
• Menguruskan hutang
• Perancangan cukai
6. Mengkaji semula dan menyemak pelan kewangan anda.
• Berdasarkan situasi perubahan hidup.

Tuesday, September 14, 2010

Faedah perancangan kewangan

Ramai orang menganggap perancangan kewangan sebagai sesuatu yang membebankan serta
menghalang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang menyeronokan. Jika anda
sentiasa hidup berjimat, sudah tentu anda perlu mengorbankan aktiviti-aktiviti keseronokan
sekarang, bukankah begitu? Cuba fikirkan, jika anda perlu berjimat, anda masih boleh
memperuntukan wang dengan sedemikian supaya anda mempunyai wang untuk keluar dengan
rakan-rakan dan bersuka ria.
Jika anda dapat mengaturkan tabiat perancangan kewangan yang baik, anda boleh memastikan
anda mempunyai cukup wang untuk lebih berseronok pada masa depan!
Dengan pelan kewangan peribadi, anda akan:
• mempunyai lebih kawalan terhadap hal-ehwal kewangan dan berupaya mengelakkan
perbelanjaan berlebihan, hutang tidak terurus, kebankrapan atau kebergantungan kepada
orang lain.
• mengeratkan lagi hubungan peribadi dengan orang sekeliling anda, seperti keluarga anda,
kawan-kawan dan rakan sekerja, kerana anda gembira dengan kehidupan anda dan tidak
perlu pinjam-meminjam wang untuk memenuhi keperluan atau mengharapkan sumbangan
daripada orang lain;
• bebas daripada kebimbangan kewangan kerana anda telah merancang bagi masa depan,
menjangka perbelanjaan dan mencapai matlamat peribadi hidup anda;
• menjadi lebih efektif untuk mendapatkan, menggunakan dan melindungi sumber
kewangan anda sepanjang hayat, bukan hanya bagi diri anda malah bagi mereka yang
tersayang.

Dengan erti kata lain, apabila anda mempunyai pelan kewangan peribadi yang terurus, anda lebih arif tentang keperluan masa depan dan sumber yang sedia ada. Anda juga mendapat ketenangan kerana mampu mengawal segalanya.

Sunday, September 12, 2010

Langkah-Langkah Dalam Perancangan Kewangan

Terdapat lima langkah penting dalam proses perancangan kewangan:
1. Menilai kedudukan kewangan anda sekarang.
2. Menetapkan matlamat.
3. Menyediakan pelan kewangan.
4. Melaksanakan pelan tersebut.
5. Memantau dan menilai semula.

Kita akan berbincang lebih lanjut tentang langkah-langkah ini dalam bab-bab seterusnya

APA ITU PERANCANGAN KEWANGAN?

Sekiranya anda ingin ke satu destinasi – apa yang perlu anda lakukan?
Berbagai persoalan akan timbul pada diri anda:-
Apakah cara terbaik untuk ke sana?
Adakah kesesakan lalu lintas?
Adakah lebih baik menaiki LRT atau bas, atau perlukah seseorang membawa saya ke sana?
Ternyata ada banyak pilihan yang boleh anda buat!

Justeru untuk mendapatkan pilihan terbaik, nilailah pilihan-pilihan yang sedia ada. Fikirkan apa yang perlu dan wajar dilakukan, kemudian buatlah keputusan. Langkah-langkah sedemikian merupakan proses yang dikenali sebagai perancangan. Perancangan boleh dibuat bagi jangka masa pendek, sederhana mahupun panjang.
Begitulah juga dengan perancangan kewangan, Cuma bezanya tempoh perancangan adalah lebih panjang. Sebaiknya, perancangan anda perlu menjangkau sehingga usia persaraan. Perancangan kewangan melibatkan persoalan-persoalan mengenai masa depan, impian dan matlamat anda. Ini merangkumi apa yang anda mahukan dalam kehidupan, contohnya mendirikan rumah tangga,membeli kereta atau rumah, mendapat cahaya mata dan membiayai pelajaran mereka. Untuk memenuhi hasrat dan impian ini, anda perlu merancang dari segi kewangan. Dalam perancangan kewangan, anda akan melihat bagaimana perlunya menyediakan bajet atau belanjawan, menabung dan membelanjakan wang anda sepanjang masa.

Wednesday, September 1, 2010

Buat Duit Dengan Emas Lebih Tinggi Dari ASB

Pelaburan dengan emas di katakan lebih menguntungkan dari pelaburan ASB. Sedikit perkara yang kita perlu tahu mengenai pelaburan emas :

Tahukah anda, bahawa kebanyakan dari kita beranggapan pelaburan di ASB adalah yang paling selamat, dipercayai dan amat menguntungkan.

Jadi, bila ada duit, semuanya kita laburkan di ASB. Dengan keuntungan dividen 8-10% pada setiap tahun, ianya memang LUMAYAN. Labur RM 10,000 dapat untung RM1000! memang untung..

Akan tetapi, jika saya beritahu anda bahawa ada pelaburan lain selain dari ASB yang lebih menguntungkan, anda percaya?

Bagaimana Buat Duit Dengan Pelaburan Emas?

Pelaburan apa? Betul ke ada pelaburan yang lebih menguntungkan dan selamat seperti ASB?

Ya, ada! Iaitu melalui pelaburan EMAS. Sebenarnya pelaburan emas ini sudah wujud lama. Cuma kita saja yang tidak menyedarinya.

Tahukah anda bahawa dengan melabur melalui pelaburan emas, keuntungan yang boleh diperolehi adalah lebih TINGGI.

Bagaimana?

Tahukah anda bahawa harga emas sentiasa menaik dari tahun ke tahun. Sebagai contoh, dari tahun 2006 ke 2007, dicatatkan kenaikan harga emas adalah sebanyak 33.3%. Wah sangat tinggi bukan? Jika ASB sekalipun, keuntungan paling tinggi yang boleh anda perolehi adalah dalam 10% setahun.

Tetapi pelaburan emas mampu mencapai 2 kali ganda daripada itu. Oleh sebab itu anda perhatikan tokey-tokey emas semakin kaya. Inilah sebabnya!

Bagaimana hendak melabur dengan emas?

Ianya sungguh mudah. Anda sendiri boleh melabur tanpa menggunakan orang tengah. Anda sendiri yang akan mengawal keuntungan anda.
Terdapat beberapa cara/teknik mudah dalam pelaburan emas ini yang boleh dimulakan oleh anda.

Oleh sebab itulah, satu pendedahan ekslusif mengenai pelaburan emas ini diterbitkan buat pertama kalinya di pasaran Malaysia. Ianya diterbitkan oleh gabungan seorang IM, seorang pelabur emas dan juga seorang pakar pelaburan dalam emas ini.

Saya dah beli ebook Rahsia Pelaburan Emas tapi belum lagi membaca sepenuhnya, tengok secara kasar saya rasa boleh faham dan dapat menambah ilmu untuk menjalankan pelaburan dengan emas ini.

Rahsia Nak Manfaatkan Untung Emas Tahunan Sepertimana Dividen ASB

Hari ni saya mendapat pertanyaan dari pelabur tegar ASB melalui agen saya. Soalannya lebih kurang macam ni la:

Soalan 1 : Jika melabur dalam ASB, saya dapat amik dividen tiap-tiap tahun untuk melancong, belanja anak sekolah, top up OD/ASB dan lain-lain lagi dengan mengekalkan nilai pelaburan asal untuk mengutip sejumlah dividen lagi pada tahun berikutnya. Jadi dalam kes melabur emas ni, macamana nak ambik duit dividennya ? adakah saya terpaksa jual emas untuk dapat untungnya, pastu kena beli balik (which is harganya lebih tinggi lagi) untuk jana untung tahun seterusnya.

Soalan 2 : Emas nak jual kat sape? mudah ke prosesnya..

Jawapan No 1:

Sebelum jawab lanjut soalan ni, ulasan saya adalah : sebagai orang Islam yang hidup di zaman teknologi ICT, maklumat di hujung jari, tanya saja pada pakcik google, dia akan bagitau semuanya. So kita boleh dapatkan info yang pelaburan ASB sebenarnya adalah haram, namun diistiharkan Harus oleh Majlis Fatwa Kebangsaan atas dasar kemaslahatan ummah, bukan kerana halal proses urusniaga dan pelaburannya. Oleh itu, orang kata ndak seribu daya, tak ndak seribu dalih.

Pada saya, bagi yang tahu, kita wajib meninggalkan ASB dan kita pakat push PNB menghalalkan urusniaga ASB ini. Jika kesatuan Islam bergabung dan dengan kekuatan 'suara' MFK, maka kita umat Islam Malaysia boleh mendesak kerajaan dan PNB menghalalkan ASB. Semua pakat diam tak buat apa pastu dok kata kita tak de kuasa. Kita ada kuasa sebenarnya, bila kita semua sepakat ugut nak kuarkan duit ASB, mesti PNB gelabah dan cepat2 amik tindakan sewajarnya. Yang herannya, orang atas kat PNB tu majoritinya semua Islam tapi.....

ok...bagi menjawab soalan di atas pula, saya suka memberi perkiraan seperti di bawah ini terlebih dahulu.

Pada hari ni mereka membeli emas sebanyak 20k dengan pecahan berikut :
i. 20 gram - RM 2698.00 x 5 keping = RM 13 490
ii. 50 gram - RM 6712.00 x 1 kpg = RM 6,712
Total investment = RM 20,202

Pada hujung tahun iaitu bulan 12, diandaikan kenaikan 37%, oleh itu nilai emas mereka telah menjadi :

i. 20g - RM 2698 X 37% = 998.26
- RM 2698 + RM998.26 = RM3,696.26
- RM 3,696.26 X 5 kpg = RM 18,481.30

ii. 50g - RM 6,712 X 37% = RM 2,483.44
- RM 6,712 + RM 2,483.44 = RM 9,195.44

Nilai emasnya telah menjadi :RM 18,481.30 + RM 9,195.44 = RM 27,676.74

Keuntungannya adalah RM 27,676.74 - RM 20,202 = RM 7,474.74

Kalau nak guna nilai keuntungan tersebut: jual la emasnya sebanyak 2 keping 20g :
RM 3,696.26 X 2 = RM 7,392.52
dgn itu, walapon emasnya berkurang dari segi berat, tetapi nilainya masih sama seperti modal asal.

Jika dalam ASB, mereka menabung tiap2 bulan, maka simpan emas pon sepatutnya mereka beli tiap2 bulan. Maka pada akhir tahun mereka jual sebahagian emas untuk menggunakan keuntungan yang diperolehi, tetapi nilai emas yg ada masih sama spt modal asal (ataupon bertambah disbbkan dok tambah emas tiap2 bulan) depend kpd perancangan dan matlamat masing2.

Harus diingat, anggaran 37% keuntungan adalah andaian berdasarkan purata kenaikan harga 5 tahun lepas. Tidak mengambilkira harga sebenar (harga buy) jika nak jual semula. but still keuntungan ada especially jika pandai timing bila nak jual semula.Kalau jadi agen, boleh carik buyer dan jual dengan harga jual(sell price) seperti perkiraan di atas.

Jawapan soalan 2 :

Berkenaan nak jual semula kat sapa, just contact mana2 agen atau jual ke publicgold sendiri. rujuk web publicgold utk lihat senarai dealer terkini.jual kat akakpon boleh....dialu-alukan. Harga pula ikut harga buy semasa. Just bagitau nak jual balik, setuju harga then boleh jumpa untuk berurusniaga. semudah abc kan??

Sekian, semoga dapat manfaat dari perkongsian ini...

POKLI = PORTFOLIO + PASSIVE

Jutawanemas.com - Pelaburan emas di Malaysia: beli emas, etika emas, kijang emas, dinar emas.

GENG916 RAKAN EMAS ANDA