Pelaburan Emas

Wednesday, February 2, 2011

Mata wang jatuh burukkan krisis ekonomi Mesir

EKONOMI Mesir berdepan tamparan baru selepas sebuah lagi agensi penarafan kredit menurunkan penarafannya, manakala nilai mata wangnya jatuh menghampiri paras paling rendah dalam tempoh lima tahun dengan peluang untuk meningkat semula dalam tempoh terdekat ini dilihat adalah tipis.

Anggaran kerugian yang dialami sepanjang seminggu keadaan tidak menentu di seluruh negara itu masih belum dipastikan, tetapi sesuatu yang pasti ialah harapan untuk menikmati satu lagi tahun pertumbuhan ekonomi yang kukuh bagi negara Arab yang paling ramai penduduk itu sudah musnah.
Syarikat di negara itu sudah menggantung operasi, pekerja terpaksa tinggal di rumah, bank ditutup dan ribuan pelancong telah keluar dari negara berkenaan.

“Kami bakal berdepan dengan beberapa bulan yang tidak menentu dan bukannya beberapa hari,” kata Said Hirsch, pakar ekonomi Asia Barat ketika merumuskan sentimen pelabur dalam iklim tidak menentu sama ada Presiden Hosni Mubarak mampu bertahan dengan desakan yang meminta beliau meletakkan jawatan.

Kelmarin, Standard & Poor (S&P) bersama Moody memotong penarafan Mesir, iaitu penurunan kali kedua dalam tempoh beberapa hari.

Agensi penarafan, Fitch Rating pula merendahkan tinjauannya untuk negara itu kepada negatif minggu lalu.

Ketiga-tiga agensi itu merujuk kepada keadaan yang semakin buruk di negara itu. – AP

sumber - berita harian 3 Feb 2011 

POKLI = PORTFOLIO + PASSIVE

Jutawanemas.com - Pelaburan emas di Malaysia: beli emas, etika emas, kijang emas, dinar emas.

GENG916 RAKAN EMAS ANDA