Pelaburan Emas

Friday, April 8, 2011

SIRI 7/57 TIPS PENGURUSAN KEWANGAN

Ramai yang tidak sedar mereka mengalami kegagalan
dalam mengurus kewangan masing-masing.

Puncanya adalah dari kelemahan diri sendiri.
Kelemahan tersebut saya senaraikan untuk rujukan manalah tahu kalau-kalau
ada kaitannya dengan anda..

1. Suka berhutang dan kerap menggunakan kad kredit
tanpa ada sebarang kawalan.

2. Menyertai pelaburan-pelaburan yang pelbagai
tanpa membuat kaji selidik dengan lebih mendalam.
Ramai yang terjerat dengan skim cepat kaya!

3. Masih ramai yang bertangguh dalam merancang
dan mengurus kewangan. Tiada usaha dan tiada
perancangan untuk menguruskan kewangan.

4. Gagal menyimpan wang. Sepatutnya walau apa
cara sekalipun, sekurang-kurangnya anda mampu
menyimpan sebanyak 10% daripada pendapatan anda
setiap bulan TANPA GAGAL.

5. Tidak mempunyai matlamat kewangan yang jelas.
Lebih mudah jika anda mempunyai matlamat kewangan
agar anda boleh merancang dan bertindak dari
sekarang.

6. Tidak sedar inflasi mengurangkan kuasa beli
pada masa hadapan. Jika Rm10,000 hari ini boleh
membeli 10 barangan, dalam tempoh 5 tahun lagi
mungkin anda hanya mampu membeli 7 barangan yang
sama sahaja!

7. Menganggap diri lebih bijak dan tidak mahu
menerima nasihat kewangan pakar. Akhirkan anda
bakal berdepan dengan situasi melakukan kesilapan
kewangan yang mudah dan terjerat dalam hutang.

Wednesday, April 6, 2011

SIRI 6/57 TIPS PENGURUSAN KEWANGAN

Salam sejahtera,
Hai...

6 cara lagi dalam menjimatkan
penggunaan elektrik.

Berikut adalah sambungannya...

7. Cuci pakaian dengan muatan yang sesuai. Keringkan
pakaian pada tahap sederhana sahaja sekiranya
cuaca panas terik.

8. Penggunaan warna cat dinding yang cerah akan
memantulkan banyak cahaya dan ini boleh mengurangkan
penggunaan lampu pada waktu siang.

9. Tukar peralatan elektrik yang telah melebihi
10 hingga 15 tahun. Beli barangan elektrik yang
mesra alam dan jimat tenaga.

10. Televisyen dan komputer menggunakan tenaga
elektrik yang banyak. Jadi, cabut palamnya daripada
soket untuk mengurangkan aliran keluar tenaga
jika tidak menggunakan televusyen dan komputer.

11. Matikan semua bekalan elektrik sekiranya anda
meninggalkan rumah untuk jangka waktu yang panjang.

12. Pastikan sistem pendawaian di rumah anda selamat
dan tidak membahayakan. Buat semakan secara berkala
bagi mengelakkan berlakunya lintar pintas dan bebanan
elektrik.

Saya yakin tentu boleh mengaplikasikan
12 cara penjimatan elektrik, sekaligus mengurangkan
perbelanjaan dan mengelakkan pembaziran.

Sekian,
Wassalam.

Monday, April 4, 2011

SIRI 5/57 TIPS PENGURUSAN KEWANGAN

Salam sejahtera,
Hai ...

Tidak dinafikan, penggunaan elektrik pada hari ini
merupakan keperluan penting di dalam menguruskan
kehidupan seharian.

Namun, jika penggunaan elektrik terlampau berlebih
-lebihan, ia sudah menjadi pembaziran tenaga dan
pembaziran wang kocek..

Ikuti tip-tip penjimatan elektrik dibawah :

1. Bersihkan penghawa dingin anda secara berkala
dan tentukan saiz penghawa dingin sesuai dengan
keluasan ruang tersebut.

2. Tutup lampu dan kipas jika tidak digunkan.
Banyakkan menanam pokok-pokok teduhan untuk
mengurangkan bahang kepanasan di dalam rumah.

3. Jangan penuhkan peti sejuk anda dengan makanan
sehingga melebihi kapasiti yang ditetapkan. Jika
tidak, udara sejuk sukar untuk mengalir bebas
dan menyebabkan penggunaan tenaga yang berlebihan.

4. Jika cuaca tidak panas, gunakan kipas sahaja
dan elakkan dari menggunakan penghawa dingin.

5. Tutup periuk atau kuali ketika memasak bagi
mengurangkan masa memasak. Atau dalam erti kata
lain, masa memasak anda lebih cepat!

6. Gunakan pemanas air sewaktu mandi dalam
keadaan tertentu sahaja. Lebih baik gunakan shower
kerana ia lebih jimat berbanding berendam dalam
tab mandi.

Ok... bersambung pada email yang
akan datang. Cukup 6 tip terlebuh dahulu kerana
6 tip lagi lebih meletup!

Sekian,
Wassalam.

Saturday, April 2, 2011

SIRI 4/57 TIPS PENGURUSAN KEWANGAN

Salam sejahtera,
Hai ...

Anda tidak mahu berhutang? Mungkin tips pada
kali ini akan dapat membantu.

1. Jika anda mempunyai simpanan tunai yang banyak,
jangan sesekali untuk membeli barangan secara
ansuran. Kadar faedah lebih tinggi dan pastinya
anda terpaksa membayar lebih banyak berbanding
beli secara tunai.

2. Jangan suka-suka berhutang kepada perkara yang
remeh. Kadang-kadang suka sangat berhutang dengan
kawan-kawan. Akibatnya, hutang semakin banyak dan
tidak terbayar. Kawan lari.. musuh datang!

3. Jika ingin sesuatu barang, jadikan hutang
sebagai pilihan terakhir. Jika terpaksa, pilih
hutang yang kadar faedahnya lebih rendah dan
fleksible.

4. Pertimbangkan semula bayaran bulanan sama ada
anda mampu atau tidak membayar ansurannya. Jangan
sampai tergadai rumah, kreta dan harta benda
apabila anda tidak mampu membayar hutang. Tangguhkan
pengambilan hutang jika perlu.

5. Jangan memiliki kad kredit sekiranya anda
seorang yang boros dan kewangan anda kuncar
-kancir. Kad kredit tidak sesuai untuk anda!

6. Beli barangan secara tunai. Jangan beli secara
serentak jika tidak mampu. Berbelana ikut tahap
kemampuan tunai anda sahaja.

7. Jika anda mengimpikan sesuatu barang, cuba
sediakan tabungan khas untuk tujuan tersebut.
Apabila cukup wang satu hari nanti, barulah
anda membeli barangan tersebut.

hutang bukan satu pilihan kerana
paling tidak pun, anda pasti akan berhutang juga
seperti rumah dan kereta yang merupakan hutang
TERBESAR bagi rakyat Malaysia.

Pengajarannya disini, rancanglah kewangan anda
dengan bijak dan sebaik-baiknya elakkan dari
berhutang tak tentu arah.

Sekian,
Wassalam.

POKLI = PORTFOLIO + PASSIVE

Jutawanemas.com - Pelaburan emas di Malaysia: beli emas, etika emas, kijang emas, dinar emas.

GENG916 RAKAN EMAS ANDA