Pelaburan Emas

Saturday, October 23, 2010

Kenal Pasti Tahap Kemampuan

Anda,saya dan semua orang yang sedang hidup sekarang ni masing-masing mempunyai
tahap kemampuan kewangan yang berbeza-beza. Mungkin banyak yang ingat tahap
kemampuan ini bergantung kepada jumlah pendapatan sahaja.
Sesuatu yang macam, kalau kerja Engineer gaji RM5,000 cukup bagus la konon...
Hakikatnya, tak kira banyak mana pun yang kita dapat, duit memang tak pernah cukup.
Orang kata, makin besar periuk makin banyaklah keraknya. Oleh sebab itu, amat penting
untuk anda kenal pasti jumlah dan cara perbelanjaan juga.
Apa guna kalau dapat gaji RM5,000 tapi setiap bulan kena beli baju & mekap baru berharga
RM4,000 untuk jaga standard? Tak ada makna, kan?
Secara idealnya, memang bagus kalau dapat gaji macam CEO 7 angka setahun tapi hidup
cara kampung; pakai kain pelikat, petik cili belakang rumah & sembelih ayam sendiri.
Jangan tak tahu Warren Buffet; orang paling kaya dalam dunia pun hidup macam tu.
Kenal pasti pendapatan dan perbelanjaan setiap bulan saja tidak memadai. Anda juga perlu
tahu bagaimana “rupa” kemampuan anda 10, 20 mahupun 30 tahun dari sekarang. Ini dapat
dilakukan dengan membuat anggaran secara sistematik jumlah pendapatan yang bakal
anda perolehi serta jumlah perbelanjaan di kemudian hari.
Paling penting, anda akan ketahui berapa lebihan simpanan 35 tahun dari sekarang.
Dengan ini, dapatlah anda ketahui cara hidup yang sesuai selepas pencen. Macam, still
boleh duduk KL untuk senang nak shopping or terpaksa duduk kampung saja.
Hey, nothing wrong kalau nak duduk kampung ok. I love my kampung so much! Cuma, jika
lebihan simpanan anda memadai, anda masih ada pilihan untuk tinggal di bandar. Sebab tu
kampung anak-anak kita nanti dah bukan di “kampung”; kecuali Kg Baru...
Lagipun, (bagi saya la) tinggal di bandar lebih mudah untuk bersama anak-anak. Tak lah jadi
macam mak saya, setahun sekali baru boleh jumpa cucu.
Tapi, kalau kata nak settle down di kampung sebab nak jimat, saya rasa tak juga. Melainkan
anda nak bercucuk tanam sendiri dan bela ayam ikan sendiri. Tapi tu pun kena modal juga.
Kenapa saya tekankan tempoh 30 tahun akan datang? Anda tahu tak 30 tahun dulu macam
mana? Rumah harga berapa, kereta harga berapa, gaji berapa? Masa tu gaji RM 1,000
mungkin dah kaya raya, sejajar dengan harga kereta dan rumah yang berganda jauh lebih
rendah dari sekarang.
Arwah pak mertua saya pernah cerita, dia start kerja dengan gaji RM1,250 saja. Tapi masa
tu bayar kereta baru RM100 sebulan & sewa rumah cuma RM80! Pada masa tu, siapa yang
pandai simpan duit memang banyak la saving. Pulangan PNB pun double digit lagi masa tu.
Sekarang? Berapa peratus beza gaji anda dengan gaji orang kerja 30 tahun dulu? Dan
berapa ratus peratus beza harga rumah dan kereta? Secara purata, kebanyakan keluarga
kini menghabiskan 30-50% untuk bulanan rumah dan kereta saja.
Agak-agak 30 tahun lagi, bagaimana pula anak-anak kita? Mungkin saja 70% hanya untuk
rumah dan kereta. Harap-harap, mereka masih mampu la nak bela kita nanti. Sebab tu
kadang-kadang betul juga, seorang ibu boleh jaga 10 orang anak tapi bukan sebaliknya.

Friday, October 22, 2010

Tips Merancang Kewangan

Mcm mana pula tips untuk tahun 2010?

POKLI = PORTFOLIO + PASSIVE

Jutawanemas.com - Pelaburan emas di Malaysia: beli emas, etika emas, kijang emas, dinar emas.

GENG916 RAKAN EMAS ANDA