Pelaburan Emas

Sunday, June 13, 2010

Apa Kelebihan Emas

Salam
Hari ni kawan nak bercerita pasal kelebihan emas fizikal. Apa beza emas dengan pelaburan hartanah. Apa yang pasti kedua-dua pelaburan ni menjanjikan pulangan yang amat lumayan. hehe.
Sejak kawan berjinak -jinak dengan emas ni kawan rasakan pelaburan emas lebih mempunyai kecairan yang lebih berbanding dengan pelaburan hartanah. Mcm mana maksud kecairan yang kawan ceritakan. Baiklah kawan akan terangkan kecairan yang kawan maksudkan.

Pelaburan Emas vs Pelaburan Hartanah
1. Keuntungan yang dijanakan oleh pelaburan emas hampir sama dengan pelaburan hartanah. Dalam separuh keadaan ada juga pelaburan hartanah yang akan memberikan keuntungan yang lebih bergantung kepada permintaan dan lokasi.
2. Keuntungan dari hartanah boleh diperolehi dengan hasil sewaan. Dalam sesetengah kes ada ayng memberikan sewa yang tinggi berbanding dengan pembayaran bulanan bergantung kepada permintaan dan lokasi. Walaupun begitu kos senggaraan juga terpaksa diperuntukan bagi hartanah yang disewakan. Permasalahan yang akan timbul terjadi apabila hatanah tersebut tiada penyewa.hehe. Berbanding dengan pelaburan emas tiada kos senggaraan dan apabila berlaku kesempitan wang boleh dilakukan pinjaman ar-rahnu.huhu.

Nak tahu lebih lanjut pasal ar-rahnu ni kawan sertakan contoh yang diberikan oleh geng 916. Senang aje kalau dah tahukan.

pinjaman dari  Ar-rahnu..


Ar-rahnu berkongsepkan pajakkan dan gadaian secara islam….biasanya barang kemas, jongkong emas dan emas syiling…tetapi kedai pajak convensional yg lain ada jugak terima mobile fon dan laptop sebagai gadaian dan pajakkan…Ar-rahnu tiada interest cuma ada kos upah simpan sahaja..lebih kurang 0.50%,0.65%,0.7% sahaja…ini bukan interest…ok..berbanding dengan bank yang ada interest yg nilainya dari 3.99%-5%..bagi saya pinjam di Ar-rahnu lagi untung….tetapi pinjaman di Ar-rahnu kita kena ada sumber gadaian..yakni emas…jadi rugi ke kita pinjam di ar-rahnu? mari kita lihat contoh senario dibawah
seorang lelaki nama MAT…dia memerlukan RM10K untuk di gunakan dalam perniagaannya….lalu dia buat pinjaman kepada bank cthnya maybank ..setiap bulan kena bayar 5% selama 60 bulan jadi sebulan RM224….jika dicampurkan semula…total pembayaran adalah sebanyak RM13440.00 tambahan bayaran RM3440.00..selain dari itu kita hanya bayar kosong saja..berbanding dengan pajakan .katakan MAT buat pajakkan emas kepada Ar-Rahnu…emas yg Mat pajak adalah seberat 120g emas 999….dan dipajakkan kepada Ar-rahnu..kebetulan masa di pajak itu harga emas RM141/g..jadi nilai marhumnya adalah RM16920….ditanggan MAT akan dapat RM10998.00 upah simpan sebulan 118…ar-rahnu menetapkan tempoh penebusan selama 6 bulan jadi selama 6 bulan mat akan bayar RM1951.00…tetapi yang seronok mengenai Ar-rahnu dalam masa 6 bulan bila-bila boleh tebus…jika takleh tebus…emas itu akan dipajakkan semula dengan surat baru 6 bulan lagi…umpama refinace/overlapping mcm bank jugak….cuma..yang bestnya…tiada riba..alhamdulillah….jika MAT selesai menebus emas itu..emas menjadi miliknya semula..dan bila-bila boleh dipajakkan semula…ini adalah satu kelebihan..kerana dalam apa keadaan sekali pun Mat sentiasa ada duit….bak kata orang…ada emas garanti ada duit….tapi jika ada duit belum tentu ada emas..anda akan sentiasa berduit jika miliki emas……

Walaupun begitu target kawan akan pastikan kawan akan mulakan dengan pelaburan emas dahulu dan hartanah apabila kawan sudah bebas dari wang.hehe..sekian dari kawan hari ini.

No comments:

Post a Comment

POKLI = PORTFOLIO + PASSIVE

Jutawanemas.com - Pelaburan emas di Malaysia: beli emas, etika emas, kijang emas, dinar emas.

GENG916 RAKAN EMAS ANDA