Pelaburan Emas

Monday, March 28, 2011

SIRI 1/57 TIPS PENGURUSAN KEWANGAN


Salam sejahtera,
Hai...

Sejak kerajaan meluluskan cukai perkhidmatan kad
kredit sebanyak RM50 setahun, ramai yang berhasrat
untuk membatalkan kad kredit..

Mungkin anda boleh mempertimbangkan
semula sama ada kad kredit yang anda miliki masih
diperlukan ataupun tidak..

-----
KELEBIHAN
-----

1. Boleh digunakan pada waktu kecemasan dan dalam
keadaan terdesak yang memerlukan wang segera.

2. Tak perlu bawa tunai yang banyak.

3. Kebanyakkan syarikat kad kredit akan memberikan
bonus, ganjaran, insentif, diskaun barangan dan
sebagainya kepada pelanggan.

4. Melakukan pembelian secara online dengan mudah.

-----
KEKURANGAN
-----

1. Ramai yang GAGAL mengurus kad kredit sehingga
diisytiharkan muflis oleh mahkamah.

2. Jika kad kredit dicuri, anda terpaksa menanggung
hutang kad kredit yang telah dibelanjakan oleh
pencuri tersebut!

3. Anda terpaksa berbelanja besar untuk mengumpul
mata ganjaran. Jadi, jangan sesekali terpengaruh!

4. Cenderung untuk berbelanja melebihi bajet.

5. Jika anda hanya menggunakan kad kredit setahun
sekali, lebih baik batalkan sahaja.

6. Kadar faedah kad kredit ialah 18% setahun!

7. Terdapat yuran dan caj tambahan jika anda
membayar lewat baki kad kredit anda.

8. Anda mengambil masa yang lama untuk mambayar
hutang kad kredit jika hanya membayar jumlah
minimum pada setiap bulan.

-----
TIPS MENGGUNAKAN KAD KREDIT
-----

1. Baca terma dan syarat sebelum bercadang untuk
mengambil perkhidmatan kad kredit.

2. Gunakan satu kad kredit sahaja.

3. Langsaikan hutang kad kredit anda secepat mungkin
dan jangan bertangguh!

4. Tetapkan had kredit perbelanjaan anda berdasarkan
pendapatan yang anda perolehi.


Semoga tips kali ini dapat membantu anda. Ingat,
kad kredit hanyalah instrumen kewangan yang
disediakan oleh pihak bank. Terpulang pada anda
untuk menilai sama ada perlu atau tidak memiliki
kad kredit.

Sekian,
Wassalam.

----------
Download Panduan Bebas Hutang
--> http://www.directresponders.com/ar2/x.cgi?id=60&tid=23
----------

-
Hubungi saya sekiranya anda mempunyai masalah :

Salam kebebasan kewangan,
Mohd Fazdlie a.k.a En Dlie
016-3785458 (sms sahaja)
Blog : http://www.petuajimatduit.com/

No comments:

Post a Comment

POKLI = PORTFOLIO + PASSIVE

Jutawanemas.com - Pelaburan emas di Malaysia: beli emas, etika emas, kijang emas, dinar emas.

GENG916 RAKAN EMAS ANDA