Pelaburan Emas

Tuesday, March 29, 2011

SIRI 2/57 TIPS PENGURUSAN KEWANGAN

Salam sejahtera,
Hai...

Setiap kali dapat gaji, perkara pertama yang anda
akan
fikirkan ialah membeli barangan keperluan
dapur. Ianya sudah menjadi rutin bulanan kepada
semua orang..

Kali ini saya membawakan tip-tip bagaimana anda
boleh berjimat sewaktu membeli barang dapur.

1. Rancang dan senaraikan barang yang perlu dibeli.
Ingat! Beli barang yang penting sahaja!

2. Masak ikut keperluan. Lihat bilangan ahli
keluarga anda dan jangan membazir.

3. Jangan masak sesuatu masakan tersebut sehingga
hilang khasiatnya seperti vitamin, zat dan mineral.

4. Lebihan bahan mentah boleh digunakan untuk
masak masakan yang lain. Cari resepi yan berkaitan.

5. Nikmati makanan anda pada kadar diet yang sihat.
Cara ini dapat menjaga kesihatan anda. Dapatkan
nasihat doktor untuk mengetahui jadual pemakanan
seimbang.

6. Ambil makanan dalam kuantiti sedikit terlebih
dahulu dan tambah kemudian jika perlu.

7. Jika anda ada memelihara binatang, berikan
sisa makanan yang masih elok untuk elakkan dari
binatang perliharaan anda sakit.

8. Elakkan makan makanan ringan. Kurangkan gula
dalam minuman dan masakan. Kurangkan juga dari
menggunakan bahan pewarna dan perasa tambahan.
(Kalau sakit, kan susah.. kena keluar duit lebih
untuk belanja rawatan..)

9. Jika anda merokok, tinggalkan
tabiat merokok tersebut kerana selain wang ringgit
anda 'terbakar', organ-organ dalaman anda juga
turut 'terbakar'!

10. Bawa bekal ke pejabat. Beri anak-anak anda
bekal makanan ke sekolah. Selain dapat makan
makanan yang sedap, anda dapat berjimat dengan
perbelanjaan persekolahan mereka.


Cukup 10 tip jimat belanja dapur pada email kali
ini. Saya akan sambung 10 tip lagi pada email yang
akan datang..

Sekian,
Wassalam.

----------
Download Panduan Bebas Hutang
--> http://www.directresponders.com/ar2/x.cgi?id=60&tid=23
----------

-
Hubungi saya sekiranya anda mempunyai masalah :

Salam kebebasan kewangan,
Mohd Fazdlie a.k.a En Dlie
016-3785458 (sms sahaja)
Blog : http://www.petuajimatduit.com/

No comments:

Post a Comment

POKLI = PORTFOLIO + PASSIVE

Jutawanemas.com - Pelaburan emas di Malaysia: beli emas, etika emas, kijang emas, dinar emas.

GENG916 RAKAN EMAS ANDA