Pelaburan Emas

Wednesday, March 30, 2011

SIRI 3/57 TIPS PENGURUSAN KEWANGAN

Salam sejahtera,
Hai ...

Email kali ini adalah sambungan pada email yang
lepas mengenai tajuk..

"Tip Jimat Belanja Dapur"

Baik.. saya teruskan dengan tips tersebut..

11. Sebelum membeli sesuatu barang, pastikan anda
melihat tarikh luput terlebih dahulu.

12. Rajin-rajin buat survey atau bandingkan harga
dengan kedai-kedai yang lain. Anda juga boleh semak
harga barangan di laman web KPDNKK supaya tidak
tertipu dengan harga yang diletakkan oleh penjual.

13. Beli hanya barang yang telah disenaraikan.
Jangan beli barang yang diluar daripada senarai.
Jika mahu.. masukkan ke dalam senarai bulan
hadapan atau pertimbangkan semula sama ada barang
tersebut perlu atau tidak.

14. Pastikan anda makan terlebih dahulu sebelum
keluar membeli belah. Makan diluar akan menyebabkan
bajet anda lari..

15. Jangan bawa anak semasa membeli belah. Jika
tidak, anak-anaklah yang selalu menyebabkan bajet
anda lari. - itu pun kalau bolehlah..

16. Sesetengah pasaraya ada memberikan kupon atau
voucher untuk membeli belah di pasaraya tersebut.
Gunakan kupon atau voucher tersebut untuk dapatkan
diskaun dan penjimatan.

17. Beli barang sewaktu jualan murah. Beli barang
murah sewaktu jualan murah. Pastinya lebih murah
dan lebih jimat!

18. Semak resit belian anda sama ada anda terlebih
bayar atau tersalah kira harga barangan.

19. Jangan mudah terpedaya dengan produk baru atau
produk yang diperbaharui semula. Ingat, beli untuk
keperluan sahaja.

20. Jika anda rajin, belilah barang di pasaraya
borong seperti TESCO, MYDIN dan MAKRO. Harganya
biasanya lebih murah berbanding di kedai runcit.


Semoga tip berjimat kali ini dapat membantu anda
mempunyai lebihan tunai ditangan.

Sekian,
Wassalam.

----------
Download Panduan Bebas Hutang
--> http://www.directresponders.com/ar2/x.cgi?id=60&tid=23
----------

-
Hubungi saya sekiranya anda mempunyai masalah :

Salam kebebasan kewangan,
Mohd Fazdlie a.k.a En Dlie
016-3785458 (sms sahaja)
Blog : http://www.petuajimatduit.com/

No comments:

Post a Comment

POKLI = PORTFOLIO + PASSIVE

Jutawanemas.com - Pelaburan emas di Malaysia: beli emas, etika emas, kijang emas, dinar emas.

GENG916 RAKAN EMAS ANDA